Kota Cornwallis, Kubu Pulau Pinang
Posted by photocom90 | | Posted on Sunday, October 18, 2009

Ia dibina oleh Kapten Framcis Light pada mulanya dengan menggunakan kayu nibong tanpa binaan kekal yang melitupi kawasan seluas 417.6 kaki persegi.Pada tahun 1804, kota ini dibina semula dengan batu-bata dan batu dengan menggunakan tenaga buruh tahanan India semasa perkhidmatankKolonel R.T. Farquhar sebagaiGabenor Pulau Pinang. Kota Cornwallis siap sepenuhnya pada tahun 1810 semasa perkhidmatan Norman Macalister sebagai Gabenor Pulau Pinang dengan kos sebanyak $80,000. Ia bertujuan bagi mempertahankan kepentingan British dari seranganPerancis.Dinding-dinding kubunya, yang secara kasar setinggi 10 kaki, dibina dalam bentuk bintang. Berjalan kaki sepanjang dinding kubu mengambil masa selama 10 minit. Di dalam kubu, masih terdapat beberapa struktur asal yang dibina lebih seabad yang lalu, termasuk sebuah gereja kecil, sel-sel penjara, kawasan storan senjata, tiang bendera asal dan beberapa meriam gangsa lama, salah satu daripada meriam Belanda ini bernama Seri Rambai, bertarikh 1603.

Kini matlamat utama kota ini adalah sebaliknya, ia kini merupakan tumpuan pelancong utama di Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia. Pada masa kini ia memiliki galeri sejarah, dan kedai cendera hati. Di dalam kota itu juga terletak meriam Sri Rambai yang merupakan salah satu meriam yang masyhur yang digunakan oleh Francis Light semasa tempoh pemerintahannya di Pulau Pinang.
Meriam ini pada asalnya adalah kepunyaan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), dan jata syarikat 'VOC' tersebut masih jelas tertera pada meriam Sri Rambai itu

Alamat
Kota Cornwallis
Jalan Tun Syed Sheh Barakbah
10200 Georgetown, Pulau Pinang
Tel : 04-2610260 / 261
Fax : 04-2610260
Waktu Operasi
Waktu buka : 8.30 pagi hingga 7.00 petang
Bayaran Masuk : RM 1.00
Bayaran Masuk : RM 1.00
Pengangkutan
Bas Rapid Penang Nombor *U103/U104/U204
bayaran masuk RM1 tu tahun bila??