Bukit Bendera

Posted by Nick | | Posted on Wednesday, October 21, 2009

0

Located 6km from George Town, Penang Hill (Bukit Bendera) is one of the most popular destinations in Penang. Penang Hill is actually a complex of hills and spurs and the highest point is Western Hill which is 830 meters (2730ft) above sea level. Apart from the cool climate and the fantastic panoramic view of George Town, Tanjung Bungah and the mainland from the summit, you can also enjoy the picturesque colonial bungalows, a beautiful flower garden and a bird sanctuary. Some of the flora and fauna of Penang Hill are considered as endemic species, and are so rare that their existence is endangered.

The most convenient way up to Penang Hill is by means of a funicular railway in Air Itam (there’s not much places you be seeing such funicular railway system these days!). There is a tunnel which measures 258 feet long and 10 feet wide starting at steepness of 35 feet high, which is the steepest tunnel in the world.
The funicular train leaves every 30 minutes and can carry up to 80 passengers. One way ticket cost of RM4. It takes about half an hour to the top. The funicular train does not go straight to the summit and will pass several small stations, where the locals will alight. There are also some small hotels and guesthouses on this stretch. During holiday seasons, the wait for this ride can take as long as 1hr.
Funicular Train service
Going up, 6:30am to 9:30pm. Saturday extend until 11:30pm
Going down, 6:45am to 9:15pm. Saturday extend until 11:15pm
The alternative is to hike up. You will pass by several pit stops on your way to the summit. Some of the more famous pit stops at the mountain are 52 and 84, at these pit stops, the view of island is visible to hikers which are able to get some water, tea and coffee (you might even get biscuits if you are lucky) prepared by locals stationed on the hill; don’t forget to drop some change into the box to help maintain the services for others. Pit stop 84 is the last one before reaching the top of Penang Hill, it will take you another 45 minutes from 84. There are a number of trail leading to different peaks as follows:
  • Moon Gate at Waterfall Road: 5.5km about 3 hours
    About five minutes away from the Botanic Garden entrance. This trail takes you to Bukit Bendana and 84. The moon gate was once the main gate into the grounds of a colonial mansion aptly named “Yu Yi Yuan” (Yu Yi Garden). The mansion is now in ruins and lies just 15minutes walk from the gates, but its history is significant in the chronicles of the migrant Chinese in Penang.
  • Hye Keat Estate , Air Itam
    This path takes trekkers through a connection of fruit and vegetable farms and forks off to 84 whilst the other veers off to the Middle Station. From the Middle Station, trekkers can opt to trek all the way up to the top of Penang Hill or hop onto to the funicular train all the way up or down.
  • Tiger Hill trail: 8km about 5 hours
    This uphill climb starts from Air Itam , not far from the Kek Lok Si Temple. The trail heads up to the Air Itam Dam and then to Tiger Hill, ending at Summit Road. From the exit point at Summit Road, it’s another 30min to Strawberry Hill. According to trekkers, this trail is worth the hard work trudging into valleys, passing by a farm, streams, jungle shrubbery and trees. Not much left of this on the island, it is a must do before it completely disappears.
Another way to go up the hill is by hiring a 4WD vehicle which is the least popular choice. Hotel Bellevue provides this service from RM70 to RM130 depending which part of the island are you from.
Locatrion: The station to get to the top is located in Air Itam. At Air Itam, you should come to a roundabout. One side leads to Kek Lok Si Temple and the other to Penang Hill.

Feri Pulau Pinang, Pelayaran Mutiara

Posted by photocom90 | | Posted on Tuesday, October 20, 2009

0




Perkhidmatan Feri Pulau Pinang merupakan perkhidmatan feri tertua di Malaysia. Perkhidmatan feri terkenal ini dihubungkan antara terminal feri Pulau Pinang di Butterworth ke terminal feri Raja Tun Uda di Pelabuhan Quay di George Town di Pulau Pinang.




Perkhidmatan feri pertama di Pulau Pinang bermula sejak tahun 1894 oleh seorang pengusaha persendirian, Encik Quah Beng Kee dan saudara-saudaranya (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1981). Walau bagaimanapun, reka bentuk feri pada masa itu bukan seperti yang dapat disaksikan pada hari ini, feri pada masa itu hanya merupakan lanci-lanci kecil yang menggunakan kuasa wap untuk berjalan (Mahanum Ghazali, 1995). Feri itu juga hanya dapat mengangkut penumpang dan baran-barang yang terhad sahaja kerana pada masa itu masih belum ada kenderaan bermotor lagi (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1981). Manakala lokasi pendaratan feri pada waktu itu adalah antara Jeti Kedah di Pulau Pinang dan beberapa tempat pendaratan di Seberang Perai (Mahanum Ghazali, 1995). Perkhidmatan feri yang dapat mengangkut kenderaan bermotor hanya bermula selepas Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang (LPPP) mengambil alih pengurusan dan penyeliaan feri pada Disember 1924. Pada tahun berikutnya, perkhidmatan ini telah dikendalikan di jeti yang khusus, iaitu Jeti Lebuh Gereja di Pulau Pinang dan Jeti Mitchell di Butterworth. Pada masa itu, hanya terdapat satu feri berkuasa wap bernama “Seberang” yang dibina oleh Lembaga Pelabuhan Singapura sahaja yang beroperasi untuk memuatkan penumpang pejalan kaki dan kereta-kerata (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1977).





Sejak perkhidmatan feri diperkenal, sambutan daripada penduduk-penduduk sekitar Pulau Pinang dan Butterworth semakin ramai. Justeru, jeti-jeti yang sedia ada tidak dapat menampung permintaan penduduk menyebabkan LPPP terpaksa membesarkan jeti-jeti berkenaan, dan penambahan lagi dua buah feri yang lebih besar (Tanjung dan Kulim) juga telah dilakukan (Mahanum Ghazali, 1995). Ketiga-tiga feri itu beroperasi dengan kadar setengah jam satu feri. Pada tahun 1983, sebuah feri yang lebih besar lagi telah dibeli dan diberi nama Bagan digunakan untuk mengangkut penumpang-penumpang yang semakin bertambah. Meskipun begitu, pada tahun 1941 hingga 1945, perkhidmatan feri telah dilumpuh kerana melanda perang dunia kedua, ketika tentera Jepun menjajah Tanah Melayu (Mahanum Ghazali, 1995). Perkhidmatan feri telah dipulihkan selepas perang dunia ke-2 pada tahun 1945 oleh pentadbiran tentera British. Malangnya, feri-feri yang sedia ada telah dimusnahkan semasa peperangan, maka kapal-kapal tongkang yang mempunyai dek dan ditunda dengan lanci telah digunakan untuk tujuan pengangkutan (Mahanum Ghazali, 1995). Setelah LPPP diberkan nafus baru pada April 1946, lembaga ini telah mengambil alih perkhidmatan feri ini. Di samping itu, 4 buah kapal perisal pendarat pihak tentera British turut diubahsuai untuk menyediakan kemudahan tempat duduk bagi penumpang (Mahanum Ghazali, 1995).



Jumlah pengangkutan bermotor yang dikendalikan telah meningkatkan dengan pesatnya daripada 247 000 buah kenderaan pada tahun 1946 bertambah kepada 717 000 buah pada tahun 1956, dan meningkat lagi ke paras 814 000 buah pada tahun 1958 (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1977). Memandangkan permintaan untuk perkhidmatan feri kian meningkat saban tahun, maka satu perancangan telah dilakukan untuk memodenkan perkhidmatan feri secara keseluruhan pada tahun 1953. Merentasi tahun 1959, feri-feri yang lama dan uzur telah digantikan dengan 5 buah feri baru yang boleh memuat dan memunggah di kedua-dua hujung feri dalam kategori kelas Aman (Mahanum Ghazali, 1995). Disebabkan permintaan yang semakin bertambah, pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah membeli sebuah feri lagi pada tahun 1965 dan dua buah feri lagi pada tahun 1971. Dengan 8 bual feri ini, perkhidmatan feri ini telah ditingkatkan dengan sebanyak 1699 400 buah kenderaan pada tahun 1968 berbanding hanya 776 500 buah pada tahun 1959. Manakala pada tahun 1971, peningkatan terhadap penggunaan perkhidmatan feri ini bertambah lagi kepada 3098 500 buah kenderaan dan 15 juta penumpang pejalan kaki (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1977).
Permintaan yang semakin meningkat telah memaksa pihak pentadbiran feri, SPPP menjalankan satu kajian pada tahun 1968 untuk menganalisis tingkatkan kedayaan perkhidmatan feri ini. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa 8 buah feri dan pangkalan feri yang sedia ada telah mencapai had kedayaan mengendalikan kenderaan maksimum (Mahanum Ghazali, 1995). Pada Jun 1971, SPPP telah melancarkan Projek Pengeluasan Feri di bawah Rancangan Malaysia ke-2 dengan peruntukan sebanyak $ 17.5 juta (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1977). Projek ini melibatkan pembinaan terminal feri yang mampu mengendalikan 2 feri pada masa serentak. Terminal baru ini terletak bersebelahan dengan terminal lama untuk memudahkan kawalan trafik dan kecekapan operasi. Pangkalan feri dua tingkat ini dirasmikan pada 16 Januari 1977 (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1977). Terminal feri ini juga berupaya melakukan kerja-kerja pemunggukan kenderaan dan penumpang pejalan kaki sekaligus (Mahanum Ghazali, 1995). Pihal SPPP turut membeli 3 buah feri baru yang direka bentuk khas untuk pangkalan baru ini. Feri-feri ini akan digunakan untuk mengangkut kenderaan sahaja di dek atas dan bawah. Dengan adanya feri-feri ini, pihak SPPP berharap dapat mengurangkan masalah trafik yang semakin meruncing (Mahanum Ghazali, 1995).



Pada tahun 1981, 3 lagi feri baru kelasRimau telah dibeli oleh pihak SPPP. Pada tahun 1984 merupakan tahun kemuncak bagi permintaan perkhidmatan feri Pulau Pinang. Jumlah kenderaan yang menggunakan perkhidmatan feri telah bertambah 5% untuk kereta dan 10% untuk lori berbanding tahun sebelumnya. Bilangan motosikal sahaja yang menggunakan perkhidmatan feri telah mencecah angka 6.8 juta unit (kiraan trafik 2 hala), manakala jumlah penumpang meningkat kepada 22. 2 juta orang (Mahanum Ghazali, 1995). Pada tahun 1987 pula, jumlah trip perjalanan feri telah mencatat yang tertinggi berbanding tahun-tahun yang lepas, iaitu 137 128 trip sehala (79 490 oleh feri lama dan 57 638 oleh feri baru). Jumlah trip ini sepatutnya akan meningkat dengan lebih baik lagi pada tahun-tahun akan datang, malangnya disebabkan peristiwa Jeti Runtuh pada 31 Julai 1988 telah menyebabkan pangkalan jeti lama tidak boleh lagi digunakan untuk mengangkut penumpang (Mahanum Ghazali, 1995). Memandangkan perkhidmatan jeti lama di Pangkalan Sultan Abdul Halim tidak mungkin dapat dipulihkan lagi, banyak feri lama telah direhatkan dan tidak digunakan lagi sejak Disember 1993. Dengan struktur organisasi pada tahun 1995, hanya menggunakan satu pangkalan (pangkalan kenderaan) dan lima buah feri dalam setiap hari operasi (6 buah pada hari kelepasan umum, cuti sekolah dan hari perayaan), pihak feri cuba memenuhi permintaan pengguna dengan meningkatkan tahap kecekapan perkhidmatan (Mahanum Ghazali, 1995).




Pada masa kini, pelabuhan Pulau Pinang menyediakan perkhidmatan feri mulai jam 5.30 pagi sehingga 1.00 pagi menghubungkan Georgetown di bahagian pulau dan Butterworth di tanah besar. Perkhidmatan feri ini beroperasi dengan lapan buah feri (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 2007). Feri-feri tersebut yang membawa penumpang pejalan kaki dan kenderaan di dek atas dan kenderaan di dek bawah tersebut berlepas dari terminal setiap lapan minit pada waktu puncak dan frekuensinya berkurangan menjelang tengah malam. Perjalanan feri mengambil masa 15 hingga 20 minit untuk menyeberang selat sepanjang 3.2 kilometer Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 2007). Jumlah keseluruhan trafik feri dalam tahun 2006 termasuk semua perkhdimatan seperti pejalan kaki, basikal, motosikal, kereta dan lori telah meningkat 1.1% daripada 5.859 juta unit pada tahun 2005 kepada 5.922 juta unit (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 2007). Pelabuhan Pulau Pinang telah menetapkan beberapa peningkatan harga tiket terhadap perkhidmatan komersil dan pengguna awam. Dengan kos yang baru dan komitmen terhadap pembangunan perkhidmatan, satu tarif baru harga tiket telah diperkenalkan dan sedang dilaksanakan sejak 1 Mei 2005 (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 2007).



Professor A. Razak Mohaideen

Posted by photocom90 | | Posted on Monday, October 19, 2009

0

Abdul Razak Mohaideen adalh seorang diektor filem Malaysia yang telah mengarah lebih 20 filem dalam pasaran Malaysia. Selepas memperolehi Ijazah dalam kewartawanan, Mohaideen bekerja sebagai penulis skrip sebelum berubah ke pengarahan. Mohaideen memperoleh Master of Art in Film and Television Fiction from Sheffield Hallam University, United Kingdom pada tahu 1997. beliau muncul sebagai pengarah dengan filem Gemerlapan

Kemunculan Terbaru


Beberapa filem terkini oleh Prof Razak telah membawa pembaharuan. Ini termasuklah 'Duyung' dan 'Cinta U-Turn'. Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai, filem terbarunya mungkin akan membuat para pengkritik terdiam. beliau membawa gaya yang berbeza seperti yang kita lihat di dalam filem Duyung dan Cinta U-Turn. Penerbit Eksekutif bagi filem Prof Razak, En Latiff Mohaideen, yakin bahawa mereka hanya menunggu masa sebelum Prof Razak dan Lineclear Motion Sdn Bhd mendapat pengiktirafan pada peringkat antarabangsa. Filem Cinta U-Turn adalah hasil usaha sama diantara Lineclear Motion Pictures dan Pyramid Shamira( syarikat yang ditubuhkan di India yang mengkhususkan untuk filem dan pengedaran.) En Latiff berkata, " kami hanya menunggu masa sebelum kami sampai ke peringkat antarabangsa, Insya Allah.



Filem pertama Mohaideen selepas meninggalkan MMP, Bujang Senang, adalah sebuah kejayaan hasil dari Lineclear Motion Pictures Sdn Bhd sebanyak lebih RM 3 million di dalam box office Malaysia. Ini jelas menunjukkan bahawa kerjanya adalah manatap dan beliau tidak terlalu berharap kepada MMP. Selepas pelancaran filem Bujang Senang, Mohaideen mengarahkan filem box office seterusnya yang bertajuk Nana Tanjung yang mengutip Keuntungan sebanyak RM 3.1 million. Mohaideen mencipta reputasinya sendiri dan kesemua filemnya dapat menarik perhatian penonton tempatan seperti wabak. Mohaideen adalah pengarah Malaysia yang pertama yang menghasilkan semula hasil kerjanya ke filem Thai. Cinta kolestrol dilakonkan semula dan dihasilkan dalam versi Thai "kolestrol Teerak dan menjadi popular di Thailand. Projek terbarunya, adalah sebuah filem aksi antarabangsa yang bertajuk Dead End, ia adalah usaha sama diantara MySiam Ventures Sdn Bhd dan Prime Film International C. Ltd., dan kerjasama dengan Thai Film studio In Dream Production/ Pechpanna Productions.






Antara karya-karya beliau adalah:




2009 - Skrip 7707 - (Director)
2009 - Rasukan Ablasa - (Director, Story)
2009 - Sifu & Tongga - (Director, Story)
2008 - Cinta U-Turn - (Director, Story)
2008 - Duyung - (Director, Screenplay, Story)
2007 - Nana Tanjung 2 - (Director, Story)
2007 - Otai - (Director, Story)
2006 - Nana Tanjung - (Director, Screenplay, Story)
2006 - Bujang Senang - (Director, Story)
2006 - Main-Main Cinta - (Director, Story)
2005 - Anak Mami Kembali - (Director, Story)
2005 - Lady Boss - (Director, Story)
2005 - Cinta Fotokopi - (Director, Story)
2005 - Potret Mistik - (Director, Story)
2004 - Tangkai Jering - (Director, Story)
2004 - Tujuh Perhentian - (Director)
2004 - I Know What U Did Last Raya - (Director)
2004 - Tujuh Perhentian - (Screenplay)
2004 - Hingga Hujung Nyawa - (Director, Story)
2004 - Kuliah Cinta - (Director, Screenplay, Story)
2003 - Jutawan Fakir - (Director, Art Director, Story)
2003 - Cinta Kolestrol - (Director, Story)
2003 - Mami Jarum Junior - (Screenplay, Story)
2003 - Mistik - (Director, Screenplay, Story)
2002 - Mami Jarum - (Director, Screenplay, Story)
2002 - Anak Mami The Movie - (Director)
1997 - Gemerlapan - (Director, Screenplay)

Kota Cornwallis, Kubu Pulau Pinang

Posted by photocom90 | | Posted on Sunday, October 18, 2009

1

Kota Cornwallis adalah kota lama berbentuk bintang 5 bucu yang terletak ditimur laut Pulau Pinang. Ia didirikan pada tahun 1786, dan dinamakan sempena Gabenor General India masa itu - Charles Cornwallis. Ia dibina di Padang KOta Lama, Georgetown, Pulau Pinang. Satu ketika dahulu bahagian ini dinamakan Tanjung.


Ia dibina oleh Kapten Framcis Light pada mulanya dengan menggunakan kayu nibong tanpa binaan kekal yang melitupi kawasan seluas 417.6 kaki persegi.Pada tahun 1804, kota ini dibina semula dengan batu-bata dan batu dengan menggunakan tenaga buruh tahanan India semasa perkhidmatankKolonel R.T. Farquhar sebagaiGabenor Pulau Pinang. Kota Cornwallis siap sepenuhnya pada tahun 1810 semasa perkhidmatan Norman Macalister sebagai Gabenor Pulau Pinang dengan kos sebanyak $80,000. Ia bertujuan bagi mempertahankan kepentingan British dari seranganPerancis.Dinding-dinding kubunya, yang secara kasar setinggi 10 kaki, dibina dalam bentuk bintang. Berjalan kaki sepanjang dinding kubu mengambil masa selama 10 minit. Di dalam kubu, masih terdapat beberapa struktur asal yang dibina lebih seabad yang lalu, termasuk sebuah gereja kecil, sel-sel penjara, kawasan storan senjata, tiang bendera asal dan beberapa meriam gangsa lama, salah satu daripada meriam Belanda ini bernama Seri Rambai, bertarikh 1603.

Kini matlamat utama kota ini adalah sebaliknya, ia kini merupakan tumpuan pelancong utama di Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia. Pada masa kini ia memiliki galeri sejarah, dan kedai cendera hati. Di dalam kota itu juga terletak meriam Sri Rambai yang merupakan salah satu meriam yang masyhur yang digunakan oleh Francis Light semasa tempoh pemerintahannya di Pulau Pinang.


Meriam ini pada asalnya adalah kepunyaan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), dan jata syarikat 'VOC' tersebut masih jelas tertera pada meriam Sri Rambai itu


Sungguhpun kota ini pada asalnya dibina bagi kegunaan tentera dan pasukan artileri Diraja, dalam sejarah, fungsinya lebih kepada pentadbiran berbanding pertahanan. Sepanjang sejarahnya, kota ini tidak pernah terbabit dalam sebarang pertempuran. Selain digunakan oleh pasukan artileri Diraja United Kingdom, kota ini pernah diduduki oleh Polis Sikh Negeri-negeri Selat pada tahun 1920-an. Kini, ia merupakan salah satu tarikan pelancong utama Pulau Pinang.




Alamat

Kota Cornwallis
Jalan Tun Syed Sheh Barakbah
10200 Georgetown, Pulau Pinang
Tel : 04-2610260 / 261
Fax : 04-2610260

Waktu Operasi
Waktu buka : 8.30 pagi hingga 7.00 petang
Bayaran Masuk : RM 1.00

Pengangkutan
Bas Rapid Penang Nombor *U103/U104/U204






Universiti Sains Malaysia, Kebanggaan Pulau Pinang

Posted by photocom90 | | Posted on Sunday, October 18, 2009

0

Selain daripada makanan-makan yang sedap dan tempat yang cantik-cantik. Pulau Pinang juga menyediakan tempat pengajian tinggi bagi tahap ijazah dan keatas yang bertaraf antara bangsa( apex....tu)....so jom kita usha2 sat, apa yang ada kat sini.



Universiti Sains Malaysia (USM)
merupakan sebuah universiti awam di Malaysia. Kampus utamanya terletak di Minden, Pulau Pinang. Terdapat dua kampus lain iaitu satu di Nibong Tebal (Kejuruteraan) dan Kelantan. USM mempunyai jumlah siswa sekitar 29,789  pada tahun 2006.Ini menjadikannya ia sebuah universiti terbesar di Malaysia dari segi bilangan pelajar.
Universiti Sains Malaysia merupakan salah sebuah daripada empat universiti yang bertaraf universiti penyelidikan intensif di Malaysia.Ini jelas mencapai misi dan visinya menjadi universiti bertaraf dunia melalui program penyelidikan bertaraf dunia dengan perancangan dan pelaksanaan aktiviti R&D. Universiti ini mendapat sokongan daripada kakitangan akademik dan sumber manusia yang cemerlang untuk menjayakan misinya. Pada 2006, USM mempunyai kira-kira 30,000 siswa/i termasuk 7,000 orang bertaraf pascasiswazah. Jumlah pensyarah seramai 1,600 orang. Ini bererti nisbah pensyarah-pelajar ialah 1:23.


Sejarah, USM
USM telah ditubuhkan sebagai universiti kedua di Malaysia pada 1969 dan pertama kali dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang. Pada masa yang sama, ia beroperasi di Bukit Gelugor, Pulau PinangPada 1971, kampus USM dialihkan ke kawasan yang berkeluasan 239.4 hektar, yang mana ia merupakan bekas kawasan berek tentera.Dari sudut lain, Universiti Sains Malaysia diberikan mandat untuk menjaga, mempromosi, dan menguruskan pendidikan tinggi dalam bidang yang mencakupi sains tulen, sains aplikasi, sains farmasi, sains bangunan dan teknologi, sains masyarakat, kemanusiaan, dan pendidikan dalam bentuk penyelidikan, kemajuan, dan penyebaran ilmu pengetahuan.


Kampus

Di samping kampus utama terletak di Minden, USM mempunyai dua kampus lain;Kampus Kejuruteraan di Seri Ampangan, Nibong Tebal, Seberang Perai dan Kampus Kesihatan di Kubang Kerian, Kelantan. Kampus Kesihatan mula beroperasi sebagai Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada Ogos 1938. Kampus ini berkembang setelah Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) dipindahkan dari kampus induk ke lokasi sekarang seluas 72.84 hektar. Keseluruhan PPSP berpindah dari kampus induk pada Jun 1990. Setelah itu, dua buah pusat pengajian baru ditubuhkan iaitu Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) dan Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK). Kampus Kejuruteraan yang juga asalnya terletak di kampus induk sebelum dipindahkan ke Tronoh, Perak, berpindah ke Nibong Tebal pada 1997 secara berperingkat-peringkat.


Penyelidikan
USM menawarkan kemudahan yang cemerlang bagi menjayakan penyelidikan dan pendidikan sama ada penyelidikan tempatan ataupun luar negeri. Tugas universiti ini mengutamakan pengajaran, penyelidikan, dan pengelolaan, yang mana ia memberi penekanan kepada pembangunan sumber manusia dan kapasiti bangunan, pengetahuan dan industri yang kompetitif. Tujuan utama R&D ialah memfokuskan kepada minat dalam pencapaian akademik dan kerelevanan latihan. IRPA merupakan sumber penting kepada R&D di USM. Walau bagaimanapun, mengikut tahap penyelidikan, universiti menyediakan sejumlah dana untuk perbelanjaan operasi tahunan seperti latihan insentif dan penyelidikan jangka pendek. Dana tambahan sering merujuk kepada penyelidikan besar, anugerah, dan perundingan yang dimenangi oleh anggota kakitangan akademik.
Kawasan Penyelidikan
Kawasan penyelidikan merupakan kekuatan istimewa di USM yang melibatkan persekitaran yang bertemakan sains, budaya, perubatan dan farmasi, pemprosesan bahasa semula jadi dan bantuan terjemahan komputer, teknologi maklumat, teknologi makanan, sains polimer dan teknologi, bioteknologi, pendidikan jarak jauh, sistem informasi geografikal, struktur analisis, sains bahan, kejuruteraan, permukaan kimia, dan visi robotik. Pulau Pinang mempunyai kemudahan penyelidikan yang cemerlang untuk pencarian usaha sama, yang meliputi pencemaran pantai, ekosistem bakau, dan pengairan marin.


Pendidikan

Graduan


USM menawarkan tiga jenis cara belajar melalui program graduasi, melalui penyelidikan, ataupun kombinasi antara kerja khusus dan penyelidikan, ataupun kerja khusus. Pada 2007, terdapat 6,687 pelajar dari pelbagai program pendidikan pada tahap sarjana dan kedoktoran. Sebanyak 1,424 daripada mereka merupakan penuntut luar negeri daripada lebih 40 buah negara. Majoriti penuntut luar negeri berasal dari Asia Tenggara.
Prasiswazah
Semua pelajar prasiswazah program ijazah di USM memerlukan minimum tempoh belajar sepenuh masa selama tiga tahun. Ijazah kejuruteraan, sains kesihatan, farmasi, perubatan, dan pergigian memerlukan minimum tempoh belajar selama 4-5 tahun. Kebanyakan prasiswazah diajar dalam Bahasa Malaysia tetapi golongan prasiswazah yang baru diajar dalam Bahasa Inggeris, terutama kursus melibatkan sains. Pelajar antarabangsa akan ditunjukkan tahap kemahiran bahasa kebangsaan (bahasa Malaysia) untuk memenuhi kriteria kemasukan pelajar.

Program kursus lain
USM menawarkan program kursus khas untuk pelajar luar negeri, dan mereka boleh mengambil satu atau dua semester. Para pelajar akan ditimbangkan sebagaimana pelajar sepenuh masa dan akan menikmati kelebihan dalam akademik mahupun kemudahan fizikal. Universiti dan komuniti akan memberikan kelebihan yang sama-rata walaupun berbeza budaya untuk menjadikan ia sesuai dalam peringkat antarabangsa.
USM juga mempunyai pelbagai pusat pengajian. Ia ditubuhkan pada 1971 untuk memberi peluang kepada seorang dewasa yang bekerja untuk memperoleh kelayakan daripada universiti ini. Kebanyakan pelajar mampu membahagikan masa antara kursus graduasi dan waktu bekerja. Ia mempunyai empat program graduasi untuk dipelajari seperti Ijazah Sains, Ijazah Sains Sosial, Ijazah Seni, dan Ijazah Pengurusan.
m

Pusat pengajian

Pusat Pengajian Berdasarkan Teknologi

  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  • Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan
  • Pusat Pengajian Teknologi Industri
  • Pusat Pengajian Sains Perubatan


  • Pusat Pengajian Sains Pergigian
  • Pusat Pengajian Sains Kesihatan
  • Pusat Pengajian Sains Farmasi
Pusat Pengajian Seni Liberal
  • Pusat Pengajian Seni
  • Pusat Pengajian Komunikasi
  • Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
  • Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
  • Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
  • Pusat Pengajian Pengurusan
Pusat Pengajian Sains Tulen
  • Pusat Pengajian Sains Kajihayat
  • Pusat Pengajian Sains Kimia
  • Pusat Pengajian Sains Matematik
  • Pusat Pengajian Sains Komputer
  • Pusat Pengajian Fizik
Pusat Pengajian Sains Perubatan
  • Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT)


Kedudukan
Universiti Sains Malaysia berada pada kedudukan ke-111 mengikut Kedudukan Universiti Dunia 2004 yang diterbitkan oleh the Times Higher Education Supplement. Walau bagaimanapun, ia terus terkeluar daripada senarai 200 universiti terbaik di dunia pada 2005. Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Dzulkifli Abdul Razak berkata terdapat penambahan ukuran baru dalam proses penilaian yang melibatkan sumbangan yang kukuh bagi menentukan kedudukan universiti:

Kedudukan kita yang jauh ketinggalan dianggap berpunca daripada kenyataan bahawa kita adalah universiti yang agak muda dibandingkan dengan UM yang berusia 100 tahun. Mereka telah membina reputasi kukuh pada masa tersebut.

Prof. Dzulkifli menyatakan mengenai pemberian nisbah di universiti Malaysia:

Lebih setahun yang lalu kita telah menggandakan penuntut kita. Kini, USM mempunyai 35,000 penuntut termasuklah 28,000 siswa tetapi bilangan pensyarah kira-kira 1,400 tidak tidak bertambah beriringan.

Di Malaysia, USM mendapat tempat terakhir dalam Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Awam (Setara) 2007 bagi kategori universiti penyelidikan. Secara keseluruhan pula, USM memperoleh skor 3 (baik). Bagaimanapun pada 2008, USM telah dinaikkan taraf ke Universiti APEX yang menjadi peneraju utama ke arah kecemerlangan pendidikan di Malaysia. Namun demikian, USM menjadi satu-satunya universiti di Malaysia yang kedudukannya merosot dalam Times Higher Education-QS World University Rankings 2008 apabila jatuh dari tangga 307 kepada 313.


Lagu Rasmi Universiti Sains Malaysia, Menara Ilmu
Menara Ilmu
Universiti Sains Malaysia
Menara ilmu tercinta
Jadi tumpuan antarabangsa
Untuk segala cita-cita

Berinovasi, berteknologi
Berwawasan, berkualiti
Biar usaha kami bersemi
Hasrat nyala berseri

(ulang rangkap 1)
Ciptaan: Jimmy Boyle
Lirik: Prof. Madya Ismail Abdullah


Roti Canai Penang...Seeeempoi

Posted by photocom90 | | Posted on Wednesday, October 14, 2009

0




Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.
Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.
Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.



Variasi



Roti Telur, dicampurkan dengan telur selepas doh roti ditebarkan.
Roti Sardin, dicampurkan dengan sardin dalam tin bersama sos tomato dan diletak bawang yang didadukan.
Roti Telur Bawang, dicampurkan dengan telur bersama penggunaan bawang merah yang banyak.
Roti Pisang, dicampurkan dengan pisang yang telah dilenyek.
Roti Bom juga dipanggil roti boom, jenis roti canai yang dibuat bentuknya kecil dan lebih tebal dari roti canai. Adunan doh dan cara penebaran dan canai, adalah sama dengan roti canai.
Roti Planta, dicampurkan dengan marjerin yang banyak. Penggunaan nama Planta dibelakang kerana ia adalah satu jenama marjerin yang popular di Malaysia, kerana penggunaanya oleh orang Malaysia.
Roti Petak, atau roti canai sebenarnya, penggunaan nama ini bukan secara umum, penggunaan ini digunakan segelintir oleh orang Malaysia kerana mahu roti canai yang baru dibuat dan dimasak. Kebanyakkan roti canai(berbentuk bulat), telah siap dimasak awal-awal dan akan dipanaskan semula bila dipesan.
Roti Banjir, adalah roti canai yang telah dipotong kecil-kecil, dan dicampurkan kuah dal atau kuah kari yang banyak. Sambal akan diletak sedikit.


Resepi Roti Canai

Bahan-bahan ( 12-16 biji )
550 gm tepung gandum
*250 gm air
*1 egg-50gm
*3 Tbsp susu pekat manis-60gm
*1 tsp garam-6gm
*1 tsp butter/margerin-15gm
1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli

Cara-cara

masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati

masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung

uli hingga jadi doh

rehatkan doh selama 10min

uli lagi selama 5min

**ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)

advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.

bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2.

*nb:jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day

*tips: terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.

*NB: refer to komen from skyblue&yani:I dah update jumlah air to 250gm. nak clarify ,Dough roti canai ni memang keras berbanding dengan dought roti bun biasa. tetapi, jangan risau, selepas diperap , dough akan lembut. coz kalau terlalu lembik, nanti bila nak kibar, akan koyak. kalau tak tau kibar, bole la tarik, nipis2...

lupa nak cakap. masa lepas dibulat2kan, hendakklah disapu dengan magerin, then baru simpan..and masa nak kibar pulak, hendaklah di penyek2 dulu sebesar tapak tangan, and restkan selama 10 min, bole buat byk2, then barulah di penyek besar2 utk proses kibar.

Mai try, nasi Kandar Pulau Pinang

Posted by photocom90 | | Posted on Wednesday, October 14, 2009

0

Nasi kandar adakah satu hidangan utara Malaysia yang popular, dan berasal dari Pulau Pinang. Ia satu hidangan nasi kukus yang boleh tawar atau sedikit berperisa, dan disajikan dengan kepelbagaian kari dan hidangan sampingan.
Perkataan Nasi Kandar, timbul sewaktu waktu kelihatan penjaja nasi menjinjing (mengandar) tiang yang menggantung dua bekas nasi. Nama itu telah kekal dan hari ini perkataan Nasi Kandar ada kelihatan pada kebanyakan restoran Tamil Islam atau "Mamak Malaysia" dan gerai hidangan India Muslim.
Nasi untuk dijadikan nasi kandar biasanya diletakkan dalam bekas kayu kira-kira tiga kaki tinggi yang memberi ia satu bau tersendiri. Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Hidangan sayur itu biasanya adalah seperti terung, bendi atau peria. Satu campuran sos kari dituang pada nasi. Ini dipanggil 'banjir' (pembanjiran) dan menyampaikan satu rasa pelbagai pada nasi.
Mengikut tradisi, nasi kandar selalu dihidangkan bersama hidangan sampingannya dalam satu pinggan. Namun dewasa ini, mangkuk melamina kecil adalah digunakan untuk hidangan sampingan. Apapun, campuran sos kari sentiasa dicurahkan terus pada nasi.









Resepi Daging Hitam(Nasi Kandar)

Bahan-bahan ( 10 orang )
1 kg daging
30 biji cili kering
1 sudu serbuk jintan putih
1 in halia
10 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
10 biji bawang besar
2 batang serai
2 tangkai daun kari
2 helai daun pandan
1/4 cawan tomato sup (kimball/heinz)
1/4 cawan kicap manis
1/2 cawan minyak masak
3 biji tomato dihiris
asam jawa, garam
sebiji @ 2 biji rempah tumis terdiri dr kulit kayu manis, bunga lawang,pelaga, cengkih
daun pudina kalau suka
Cara-cara
daging potong 18
bawang kecil, bawang putih halia di kisar
bawang besar dikisar berasingan
cili direbus dan kisar dengan sedikit minyak. gaul daging dengan bahan kisar dan serbuk jintan putih, tinggalkan sedikit bawang besar untuk buat penumis
panaskan minyak, tumis bawang besar dengan rempah penumis, serai ketuk dan daun pandan
masukan daging bersama bahan kisar lain dan kicap
apabila separuh masak masukan tomato buah, tomato sop dan daun kari
kecilkan api biar mereneh hingga daging empuk
apabila hampir masak masukan asam jawa , garam dan daun pudina
ha....ini la daging hitam nasik kandaq :)