Universiti Sains Malaysia, Kebanggaan Pulau Pinang

Posted by photocom90 | | Posted on Sunday, October 18, 2009

0

Selain daripada makanan-makan yang sedap dan tempat yang cantik-cantik. Pulau Pinang juga menyediakan tempat pengajian tinggi bagi tahap ijazah dan keatas yang bertaraf antara bangsa( apex....tu)....so jom kita usha2 sat, apa yang ada kat sini.



Universiti Sains Malaysia (USM)
merupakan sebuah universiti awam di Malaysia. Kampus utamanya terletak di Minden, Pulau Pinang. Terdapat dua kampus lain iaitu satu di Nibong Tebal (Kejuruteraan) dan Kelantan. USM mempunyai jumlah siswa sekitar 29,789  pada tahun 2006.Ini menjadikannya ia sebuah universiti terbesar di Malaysia dari segi bilangan pelajar.
Universiti Sains Malaysia merupakan salah sebuah daripada empat universiti yang bertaraf universiti penyelidikan intensif di Malaysia.Ini jelas mencapai misi dan visinya menjadi universiti bertaraf dunia melalui program penyelidikan bertaraf dunia dengan perancangan dan pelaksanaan aktiviti R&D. Universiti ini mendapat sokongan daripada kakitangan akademik dan sumber manusia yang cemerlang untuk menjayakan misinya. Pada 2006, USM mempunyai kira-kira 30,000 siswa/i termasuk 7,000 orang bertaraf pascasiswazah. Jumlah pensyarah seramai 1,600 orang. Ini bererti nisbah pensyarah-pelajar ialah 1:23.


Sejarah, USM
USM telah ditubuhkan sebagai universiti kedua di Malaysia pada 1969 dan pertama kali dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang. Pada masa yang sama, ia beroperasi di Bukit Gelugor, Pulau PinangPada 1971, kampus USM dialihkan ke kawasan yang berkeluasan 239.4 hektar, yang mana ia merupakan bekas kawasan berek tentera.Dari sudut lain, Universiti Sains Malaysia diberikan mandat untuk menjaga, mempromosi, dan menguruskan pendidikan tinggi dalam bidang yang mencakupi sains tulen, sains aplikasi, sains farmasi, sains bangunan dan teknologi, sains masyarakat, kemanusiaan, dan pendidikan dalam bentuk penyelidikan, kemajuan, dan penyebaran ilmu pengetahuan.


Kampus

Di samping kampus utama terletak di Minden, USM mempunyai dua kampus lain;Kampus Kejuruteraan di Seri Ampangan, Nibong Tebal, Seberang Perai dan Kampus Kesihatan di Kubang Kerian, Kelantan. Kampus Kesihatan mula beroperasi sebagai Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada Ogos 1938. Kampus ini berkembang setelah Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) dipindahkan dari kampus induk ke lokasi sekarang seluas 72.84 hektar. Keseluruhan PPSP berpindah dari kampus induk pada Jun 1990. Setelah itu, dua buah pusat pengajian baru ditubuhkan iaitu Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) dan Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK). Kampus Kejuruteraan yang juga asalnya terletak di kampus induk sebelum dipindahkan ke Tronoh, Perak, berpindah ke Nibong Tebal pada 1997 secara berperingkat-peringkat.


Penyelidikan
USM menawarkan kemudahan yang cemerlang bagi menjayakan penyelidikan dan pendidikan sama ada penyelidikan tempatan ataupun luar negeri. Tugas universiti ini mengutamakan pengajaran, penyelidikan, dan pengelolaan, yang mana ia memberi penekanan kepada pembangunan sumber manusia dan kapasiti bangunan, pengetahuan dan industri yang kompetitif. Tujuan utama R&D ialah memfokuskan kepada minat dalam pencapaian akademik dan kerelevanan latihan. IRPA merupakan sumber penting kepada R&D di USM. Walau bagaimanapun, mengikut tahap penyelidikan, universiti menyediakan sejumlah dana untuk perbelanjaan operasi tahunan seperti latihan insentif dan penyelidikan jangka pendek. Dana tambahan sering merujuk kepada penyelidikan besar, anugerah, dan perundingan yang dimenangi oleh anggota kakitangan akademik.
Kawasan Penyelidikan
Kawasan penyelidikan merupakan kekuatan istimewa di USM yang melibatkan persekitaran yang bertemakan sains, budaya, perubatan dan farmasi, pemprosesan bahasa semula jadi dan bantuan terjemahan komputer, teknologi maklumat, teknologi makanan, sains polimer dan teknologi, bioteknologi, pendidikan jarak jauh, sistem informasi geografikal, struktur analisis, sains bahan, kejuruteraan, permukaan kimia, dan visi robotik. Pulau Pinang mempunyai kemudahan penyelidikan yang cemerlang untuk pencarian usaha sama, yang meliputi pencemaran pantai, ekosistem bakau, dan pengairan marin.


Pendidikan

Graduan


USM menawarkan tiga jenis cara belajar melalui program graduasi, melalui penyelidikan, ataupun kombinasi antara kerja khusus dan penyelidikan, ataupun kerja khusus. Pada 2007, terdapat 6,687 pelajar dari pelbagai program pendidikan pada tahap sarjana dan kedoktoran. Sebanyak 1,424 daripada mereka merupakan penuntut luar negeri daripada lebih 40 buah negara. Majoriti penuntut luar negeri berasal dari Asia Tenggara.
Prasiswazah
Semua pelajar prasiswazah program ijazah di USM memerlukan minimum tempoh belajar sepenuh masa selama tiga tahun. Ijazah kejuruteraan, sains kesihatan, farmasi, perubatan, dan pergigian memerlukan minimum tempoh belajar selama 4-5 tahun. Kebanyakan prasiswazah diajar dalam Bahasa Malaysia tetapi golongan prasiswazah yang baru diajar dalam Bahasa Inggeris, terutama kursus melibatkan sains. Pelajar antarabangsa akan ditunjukkan tahap kemahiran bahasa kebangsaan (bahasa Malaysia) untuk memenuhi kriteria kemasukan pelajar.

Program kursus lain
USM menawarkan program kursus khas untuk pelajar luar negeri, dan mereka boleh mengambil satu atau dua semester. Para pelajar akan ditimbangkan sebagaimana pelajar sepenuh masa dan akan menikmati kelebihan dalam akademik mahupun kemudahan fizikal. Universiti dan komuniti akan memberikan kelebihan yang sama-rata walaupun berbeza budaya untuk menjadikan ia sesuai dalam peringkat antarabangsa.
USM juga mempunyai pelbagai pusat pengajian. Ia ditubuhkan pada 1971 untuk memberi peluang kepada seorang dewasa yang bekerja untuk memperoleh kelayakan daripada universiti ini. Kebanyakan pelajar mampu membahagikan masa antara kursus graduasi dan waktu bekerja. Ia mempunyai empat program graduasi untuk dipelajari seperti Ijazah Sains, Ijazah Sains Sosial, Ijazah Seni, dan Ijazah Pengurusan.
m

Pusat pengajian

Pusat Pengajian Berdasarkan Teknologi

  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  • Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan
  • Pusat Pengajian Teknologi Industri
  • Pusat Pengajian Sains Perubatan


  • Pusat Pengajian Sains Pergigian
  • Pusat Pengajian Sains Kesihatan
  • Pusat Pengajian Sains Farmasi
Pusat Pengajian Seni Liberal
  • Pusat Pengajian Seni
  • Pusat Pengajian Komunikasi
  • Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
  • Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
  • Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
  • Pusat Pengajian Pengurusan
Pusat Pengajian Sains Tulen
  • Pusat Pengajian Sains Kajihayat
  • Pusat Pengajian Sains Kimia
  • Pusat Pengajian Sains Matematik
  • Pusat Pengajian Sains Komputer
  • Pusat Pengajian Fizik
Pusat Pengajian Sains Perubatan
  • Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT)


Kedudukan
Universiti Sains Malaysia berada pada kedudukan ke-111 mengikut Kedudukan Universiti Dunia 2004 yang diterbitkan oleh the Times Higher Education Supplement. Walau bagaimanapun, ia terus terkeluar daripada senarai 200 universiti terbaik di dunia pada 2005. Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Dzulkifli Abdul Razak berkata terdapat penambahan ukuran baru dalam proses penilaian yang melibatkan sumbangan yang kukuh bagi menentukan kedudukan universiti:

Kedudukan kita yang jauh ketinggalan dianggap berpunca daripada kenyataan bahawa kita adalah universiti yang agak muda dibandingkan dengan UM yang berusia 100 tahun. Mereka telah membina reputasi kukuh pada masa tersebut.

Prof. Dzulkifli menyatakan mengenai pemberian nisbah di universiti Malaysia:

Lebih setahun yang lalu kita telah menggandakan penuntut kita. Kini, USM mempunyai 35,000 penuntut termasuklah 28,000 siswa tetapi bilangan pensyarah kira-kira 1,400 tidak tidak bertambah beriringan.

Di Malaysia, USM mendapat tempat terakhir dalam Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Awam (Setara) 2007 bagi kategori universiti penyelidikan. Secara keseluruhan pula, USM memperoleh skor 3 (baik). Bagaimanapun pada 2008, USM telah dinaikkan taraf ke Universiti APEX yang menjadi peneraju utama ke arah kecemerlangan pendidikan di Malaysia. Namun demikian, USM menjadi satu-satunya universiti di Malaysia yang kedudukannya merosot dalam Times Higher Education-QS World University Rankings 2008 apabila jatuh dari tangga 307 kepada 313.


Lagu Rasmi Universiti Sains Malaysia, Menara Ilmu
Menara Ilmu
Universiti Sains Malaysia
Menara ilmu tercinta
Jadi tumpuan antarabangsa
Untuk segala cita-cita

Berinovasi, berteknologi
Berwawasan, berkualiti
Biar usaha kami bersemi
Hasrat nyala berseri

(ulang rangkap 1)
Ciptaan: Jimmy Boyle
Lirik: Prof. Madya Ismail Abdullah


Roti Canai Penang...Seeeempoi

Posted by photocom90 | | Posted on Wednesday, October 14, 2009

0




Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.
Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.
Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.



Variasi



Roti Telur, dicampurkan dengan telur selepas doh roti ditebarkan.
Roti Sardin, dicampurkan dengan sardin dalam tin bersama sos tomato dan diletak bawang yang didadukan.
Roti Telur Bawang, dicampurkan dengan telur bersama penggunaan bawang merah yang banyak.
Roti Pisang, dicampurkan dengan pisang yang telah dilenyek.
Roti Bom juga dipanggil roti boom, jenis roti canai yang dibuat bentuknya kecil dan lebih tebal dari roti canai. Adunan doh dan cara penebaran dan canai, adalah sama dengan roti canai.
Roti Planta, dicampurkan dengan marjerin yang banyak. Penggunaan nama Planta dibelakang kerana ia adalah satu jenama marjerin yang popular di Malaysia, kerana penggunaanya oleh orang Malaysia.
Roti Petak, atau roti canai sebenarnya, penggunaan nama ini bukan secara umum, penggunaan ini digunakan segelintir oleh orang Malaysia kerana mahu roti canai yang baru dibuat dan dimasak. Kebanyakkan roti canai(berbentuk bulat), telah siap dimasak awal-awal dan akan dipanaskan semula bila dipesan.
Roti Banjir, adalah roti canai yang telah dipotong kecil-kecil, dan dicampurkan kuah dal atau kuah kari yang banyak. Sambal akan diletak sedikit.


Resepi Roti Canai

Bahan-bahan ( 12-16 biji )
550 gm tepung gandum
*250 gm air
*1 egg-50gm
*3 Tbsp susu pekat manis-60gm
*1 tsp garam-6gm
*1 tsp butter/margerin-15gm
1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli

Cara-cara

masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati

masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung

uli hingga jadi doh

rehatkan doh selama 10min

uli lagi selama 5min

**ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)

advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.

bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2.

*nb:jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day

*tips: terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.

*NB: refer to komen from skyblue&yani:I dah update jumlah air to 250gm. nak clarify ,Dough roti canai ni memang keras berbanding dengan dought roti bun biasa. tetapi, jangan risau, selepas diperap , dough akan lembut. coz kalau terlalu lembik, nanti bila nak kibar, akan koyak. kalau tak tau kibar, bole la tarik, nipis2...

lupa nak cakap. masa lepas dibulat2kan, hendakklah disapu dengan magerin, then baru simpan..and masa nak kibar pulak, hendaklah di penyek2 dulu sebesar tapak tangan, and restkan selama 10 min, bole buat byk2, then barulah di penyek besar2 utk proses kibar.

Mai try, nasi Kandar Pulau Pinang

Posted by photocom90 | | Posted on Wednesday, October 14, 2009

0

Nasi kandar adakah satu hidangan utara Malaysia yang popular, dan berasal dari Pulau Pinang. Ia satu hidangan nasi kukus yang boleh tawar atau sedikit berperisa, dan disajikan dengan kepelbagaian kari dan hidangan sampingan.
Perkataan Nasi Kandar, timbul sewaktu waktu kelihatan penjaja nasi menjinjing (mengandar) tiang yang menggantung dua bekas nasi. Nama itu telah kekal dan hari ini perkataan Nasi Kandar ada kelihatan pada kebanyakan restoran Tamil Islam atau "Mamak Malaysia" dan gerai hidangan India Muslim.
Nasi untuk dijadikan nasi kandar biasanya diletakkan dalam bekas kayu kira-kira tiga kaki tinggi yang memberi ia satu bau tersendiri. Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Hidangan sayur itu biasanya adalah seperti terung, bendi atau peria. Satu campuran sos kari dituang pada nasi. Ini dipanggil 'banjir' (pembanjiran) dan menyampaikan satu rasa pelbagai pada nasi.
Mengikut tradisi, nasi kandar selalu dihidangkan bersama hidangan sampingannya dalam satu pinggan. Namun dewasa ini, mangkuk melamina kecil adalah digunakan untuk hidangan sampingan. Apapun, campuran sos kari sentiasa dicurahkan terus pada nasi.









Resepi Daging Hitam(Nasi Kandar)

Bahan-bahan ( 10 orang )
1 kg daging
30 biji cili kering
1 sudu serbuk jintan putih
1 in halia
10 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
10 biji bawang besar
2 batang serai
2 tangkai daun kari
2 helai daun pandan
1/4 cawan tomato sup (kimball/heinz)
1/4 cawan kicap manis
1/2 cawan minyak masak
3 biji tomato dihiris
asam jawa, garam
sebiji @ 2 biji rempah tumis terdiri dr kulit kayu manis, bunga lawang,pelaga, cengkih
daun pudina kalau suka
Cara-cara
daging potong 18
bawang kecil, bawang putih halia di kisar
bawang besar dikisar berasingan
cili direbus dan kisar dengan sedikit minyak. gaul daging dengan bahan kisar dan serbuk jintan putih, tinggalkan sedikit bawang besar untuk buat penumis
panaskan minyak, tumis bawang besar dengan rempah penumis, serai ketuk dan daun pandan
masukan daging bersama bahan kisar lain dan kicap
apabila separuh masak masukan tomato buah, tomato sop dan daun kari
kecilkan api biar mereneh hingga daging empuk
apabila hampir masak masukan asam jawa , garam dan daun pudina
ha....ini la daging hitam nasik kandaq :)

Boria...tradisi rakyat Pulau Pinang

Posted by photocom90 | | Posted on Wednesday, October 14, 2009

0

Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang. Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala di Parsi. Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu sketsa dan nyanyian. Nyanyian boria diketuai oleh seorang tukang karang (biasanya akan memegang tongkat penunjuk ketika menyanyi). Rangkap karangan boria yang hujung sukukatanya sama setiap rangkap kisahnya berkaitan dengan sketsa yang dipersembahkan.
Pemain yang terdiri lebih dari enam orang di belakang tukang karang akan menyanyi dengan mengulangi rangkap pertama nyanyian tukang karang tadi. Alat-alat muzik boria telah berubah mengikut peredaran masa. Namun begitu penggunaan alat-alat muzik seperti violin, marwas, gendang panjang, akordian dan harmonika.



Lagu Negeri Pulau Pinang

Posted by photocom90 | | Posted on Tuesday, October 13, 2009

0


Lirik dan lagu negeri Pulau Pinang ditulis oleh Datuk Haji Zainal Alam Bin SM Zainul Abidin.


Selamat Tuhan kurniakan,
Selamat Pulau Pinang,
Negeriku yang mulia,
Ku taat dan setia,
Aman dan bahagia,
Majulah, Jayalah,
Negeriku yang ku cinta,
Bersatu dan bersama,
Untuk negeri kita.


Jom kita p Tropical Spice Garden, Teluk Bahang

Posted by photocom90 | | Posted on Tuesday, October 06, 2009

0

Tropical Spice Garden adalah satu lagi tempat utama tarikan pelancong yang tidak patut anda lepaskan. lokasi ni berkeluasan 8 ekar yang berdepan dengan pantai Teluk Bahang. Tempat ini berkonsepkan landskap taman yang mempunyai tumbuhan tropika daripada semua pelusuk dunia.





Antara Spesis bunga Jarum...tapi kelopak bunga Jarum kat sini lagi besar..












Dalam Spice Garden ada lebih kurang 2~3 kolam...sapa yang nasib baik bleh tengok bunga ni kembang..













Tak taulah ni biji apa??? tapi biji ni, semut memang banyak..















Ni laluan air..air x dalam pon tapi kalau jatuh sure basah punya.















Dalam taman ni memang banyak pokok ni.













Serangga pon banyak juga. Pepatung, rama-rama, semut dan..urmmm....binatang kat gambar ni x dapat di kenalpasti.

Selamat jalan......pemergian seniman tempatan

Posted by photocom90 | | Posted on Monday, October 05, 2009

0




Aku rasa masih tidak terlambat untuk aku mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Yasmin Ahmad atas pemergiannya yang mengejutkan. Semoga roh Yasmin Ahmad dirahmati dan berada dikalangan orang yang beriman(al-Fatihah). Aku mula meminati karya beliau bila aku tengok filem sepet(2004). Lepas tu, aku mula meminati filem Yasmin Ahmad seperti Gubra, Mukhsin dan Talentime. Iklan beliau juga sememangnya 1st class dan menyentuh jiwa seperti iklan merdeka Petronas, Tan Hong Ming..... karya yang dihasilkannya secara keseluruhannya sememangnya bagus dan mempunyai nilai2 yang unik yang jarang boleh kita jumpai dalam filem2 lain. I Love U....always